Signup
Home
*HOTLINE : 03 4265 0388

Makanan tradisional di Malaysia

By Aishah


Terdapat tiga kaum di Malaysia yang terdiri daripada kaum melayu, cina dan india. Ketiga-tiga kaum ini mempunyai makanan tradisional mereka sendiri yang melambangkan identiti kaum masing-masing. Jika bercakap tentang makanan tradisional, selalunya ia dihidangkan sewaktu hari perayaan seperti Hari Raya AidilFitri bagi orang Melayu, Kaum Cina pula adalah ketika Hari Raya Cina manakala Kaum India pula pada hari Deepavali. Ada diantara makanan tradisional ini yang bukan hanya popular dikalangan kaum-kaum tertentu sahaja bahkan ada yang begitu popular di seluruh negara.

Makanan tradisional bagi kaum melayu adalah Nasi lemak, lemang, belacan, rendang, dan lain-lain. Nasi Lemak merujuk kepada nasi yang dimasak menggunakan santan kelapa bagi menambahkan rasa lemaknya dan ia amat digemari oleh masyarakat di Malaysia. Nasi lemak sering dimakan di waktu pagi sebagai sarapan. Lemang pula sering ada semasa hari-hari perayaan tertentu. Ia amat disukai oleh ramai orang. Lemang sering dimakan dengan rendang atau serunding. Selain daripada nasi lemak dan lemang tidak lupa juga dengan sambal belacan yang menjadi kegemaran orang melayu. Dodol juga merupakan salah satu daripada makanan tradisional kaum melayu yang agak rumit untuk dibuat.

Bagi makanan tradisional kaum Cina pula ialah Dim Sum, Char kway Teow, Nasi Pulut, Chee Cheong Fun dan lain-lain lagi. Pertama sekali Dim Sum adalah masakan orang cina yang dihidangkan pada waktu pagi hingga tengahari di kedai-kedai makan cina atau di kedai khas Dim Sum sendiri. Char kway Teow dan nasi pulut cina atau nama cinanya ialah zhong zi bukan sahaja menjadi makanan tradisi orang cina bahkan turut digemari oleh masyarakat lain juga. Chee Cheong Fun atau nama lainnya rice noodle roll ialah sejenis makanan Kantonis berasal daripada Cina Selatan dan Hong Kong. Terdapat dua jenis Chee Cheong Fun iaitu berinti atau yang kosong. Selain itu, Siew Pau juga merupakan salah satu makanan tradisional kaum cina yang mempunyai dua jenis iaitu siew pau besar dan siew pau kecil.

Selain daripada makanan tradisional daripada kaum Melayu dan makanan tradisional kaum Cina, kaum India juga tidak ketinggalan dengan makanan tradisional mereka yang turut menjadi kegemaran oleh kaum-kaum lain seperti Muruku, Tosai, Idli, Nasi Beriani dan macam-macam lagi. Nasi beriani ada beberapa jenis seperti nasi beriani gam yang turut digemari oleh bangsa lain. Selain itu, kuih muih India seperti wade, muruku dan suji juga merupakan makanan tradisional kaum India. Roti Canai yang disukai oleh kaum India turut disukai oleh masyarakat lain tidak kira di Malaysia atau masyarakat di luar Negara. Roti canai tidak jauh popularnya berbanding nasi lemak yang amat diminati oleh rakyat Malaysia. Roti canai sedap dimakan bersama dal, kari dan sambal.

Malaysian foods   

Add a Comment

Name: *

Email: *

Your Comment: *

Type the code shown : *

Click for new image
SIGN UP
NOW
AND GET
20RM
VOUCHER
Sign Up for newsletter